Wednesday, November 30, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Luruskan Hatiku Tuhan~(Kisah Benar)

Nice one to share dengan semua sahabat..terutama kaum hawa yang bakal bergelar isteri mahupun yang sudah bergelar isteri...


Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah ni biarlah tersemat di dalam jiwa.

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir  Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulung masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :


 
1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin  lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga buat nya. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

~Papa Sayang Ayu~

Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri  disampingnya, sambil memegang buku cerita baru.

Buku bergambar seorang puteri kecil yang comel, sangat menarik
perhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian
ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca
matanya, kalimah yang keluar kalimah penyejuk hati Ayu
"Wah,. buku baru ya Ayu?", "
"Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari
ayahnya.
"Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,
"Ayu... .. papa sedang sibuk sangat, nanti-nanti ya" sanggah
Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius. Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"
Salleh mulai agak marah, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh
mama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya comel-comel", " Lain kali lah Rahayu, ke SANA!!!! papa banyak kerja" Salleh berusaha menumpukan perhatiannya pada lembar-lembar kertas kerjanya, minit demi minit terus berlalu,
Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh pengharapan, dan tiba-tiba  Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh mengeluarkan kata-katanya dengan kuat,

Kali ini Salleh berjaya, semangat kecil Rahayu lalu kecewa dengan sikap papanya, hampir
menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada masa, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat mendengar "

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan si kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita  Puteri, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;

"Baammmm!!"

Beberapa orang jiran tetangga dengan terkejut memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh di pandu oleh seorang pemandu yang sedang mabuk. Tubuh si kecil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju Hospital, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah membuak-buak terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak dapat di selamatkan lagi ketika sampainya di Hospital terdekat.
Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu terluang untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan si kecil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,

",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali di telinganya.

Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya
keheningan dan kesunyian hati, tawa dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita Puteri yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di satu sudut ruangan.

Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar
halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh
menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air matanya.

"Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinya
berkata,.lagi "Rahayu.. papa mohon maaf nak"

" papa sayang Rahayu "

Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan sebak ketika itu; Salleh bersujud dalam menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk bersama anaknya yang dicintai, namun segalanya sudah berakhir kerana kesempatan itu selalunya datang hanya sekali, dan tiada keduanya kerana Rahayu telah kembali kepada Allah untuk selama-lamanya.

Sekian... .. 
 

~Ada Pesanan SHEIKH AHMAD YASSIN Buat Semua~


✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH s.w.t. dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian.

*¨*•♥♥*¨***¨**¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni,
mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH S.W.T. dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan
hijab secara jujur dan betul.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan
membuat perancangan untuk masa depan.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Berpeganglah kepada agama kalian.
Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
 

Tuesday, November 29, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~NURALYA BATRISYIA~

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya
diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka surat novel tersebut.

Tertulis disitu "Nuralya Batrisyia...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati si jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu lalu menulis sepucuk surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis tersebut. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat kirimanbalas daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil demi tugasnya sebagai anggota tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu lagi dengan si gadis.

Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi
"Andai Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita  berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah si  jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangannya. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi kulit bersopak dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Dua kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah, sebelah matanya buta... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Nuralya Batrisyia?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan sambil  tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata
"Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

Si gadis itu terus bersuara..
"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di kerusi hujung restoran dekat stesen keretapi ini."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah NURALYA BATRISYIA... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...