Monday, October 31, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Murahnya Kasih Sayang~

Murahnya Kasih Sayang …
Hanya Kerana 20 Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah pada lewat malam dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang baru berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak : Ayah...ayah…boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah : Hmmm...nak tanya apa?
Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking...
Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah : 20 ringgit sejam…Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya.
Anak : Oh…20 ringgit… Amin menundukkan mukanya.
Anak : Ayah…boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi !? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya… Sudah! pergi masuk bilik… tidur! Dah pukul berapa nih...!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sehingga 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya, didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah… ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping wang 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan...
"Duit ini Amin kumpul dari wang belanja sekolah Amin yang ayah bagi tiap-tiap hari tu.  Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa?" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah,ayah ambil duit ni… Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu...Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya, sambil memulangkan wang 20 ringgit kepada ayahnya…

Moral yang boleh diambil daripada cerita ini

" Berkongsilah masa sebanyak 20 ringgit"  itu bersama-sama dengan insan yang kita sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang harinyanya, yang akan bekerja esok dan lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa kita berlalu dalam kesibukan dengan begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita…yang sentiasa berada di dalam hati kita…
Bayangkan, bagaimana apabila sudah bekerja, kalau kita mati… pihak syarikat akan senang-senang mencari orang lain untuk menggantikan tempat kita… Tapi...Isteri, keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang kita tinggalkan di dunia ini pasti akan merasa suatu kehilangan yang amat besar sepanjang hidup mereka... Fikirlah, selama ini... apakah yang kita telah buat demi keluarga kita, untuk insan yang kita sayang???




Sunday, October 30, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Arafah~

Kekasih…
Lazuardi nan biru semburat di kaki langit padang Arafah panas berdebu.
Jutaan bibir hamba-Mu bergetar ungkapkan untaian ratap rindu,
rindu rasa, rindu jiwa, hanya pada-Mu jua tempat mengadu.
Sungguh begitu sendu tatkala dada bergemuruh tersedu.
Terbayang kelak manusia berkumpul di Padang Mahsyar,
Jasad-jasad yang berlimang dosa panjatkan munajat gemetar.
Menjadi ibarat kelak semua menghadap-Mu dibalut kain dua lembar,
dan meninggalkan timbunan emas permata beserta uang bemilyar-milyar.

Kekasih…
Di Padang ini, hampir semua hamba-Mu berurai airmata.
Curahkan segenap permohonan ampun atas dalamnya dosa.
Bermohon dengan menyebut asma agung-Mu Yang Maha Kuasa,
dan meminta kemurahan-Mu agar dilepaskan dari sakit dan pedihnya siksa.
Sedang di cakrawala nan biru Jutaan malaikat-Mu menjadi saksi,
Kerinduan jutaan hamba-Mu yang datang dari berbagai negeri.
Ada yang berkendaraan bagus dan tidak sedikit yang jalan kaki.
Sungguh wujud sebuah kebaktian yang tinggi pada Ilahi Robbi.

Sungguh indah, tatkala pangkat tinggi dan kemuliaan duniawi ditanggalkan.
Dua lembar pakaian ihram tak berjahit bagai pasangan kain kafan.
Begitulah kelak di Mahkamah-Mu wajah kami kan dihadapkan.
Menekur bagaikan lunglainya tubuh seorang pesakitan.
Kekasih, hamba tersedan.

Betapa hamba sangat takut,
Layar waktu seakan membuat semua masa lalu tertaut.
Bagaikan tayangan lengkap peristiwa yang berkala dan runtut.
Perjalanan diri sebagai hamba yang baligh sampai maut datang menjemput.
Kekasih…
Sungguh Arafah membekas dalam bagai pancaran pemata,
terukir demikian kuat didalam relung jiwa,
Dan semua menjadi kekuatan indah,
sampai kelak menutup mata.

Friday, October 28, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi~

Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian berkurang lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah
dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.


Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah
ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraff, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkah Aliyah diatur tenang.

Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya
dia kembali kepada suaminya.


Asraff hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

Kau mampu Asraff, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga, sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
Abang Asraff, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis, masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis ditelinga Asraff.

 
 
Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?
pelik benar permintaan isterinya. Hendak diapa-apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan
hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,
gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang, terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
Kak Aliyah yang minta, masih lembut dia memujuk Qis.
Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis! terkejut Asraff.
Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.
Qistina mengalih pandangannya.


Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini
Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil
Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu
jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak
berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke
mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan
di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraff yang
dulu. Asraff anak Imam Kampung Seputih. Asraff yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya,
apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan
tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit..sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan
isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis
sehebatnya untuk bersama Abang.
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraff, Suami yang tersayang.
Asraff diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi
temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang
membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah
kemukakan penilaian Aliyah.

 
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang
diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri
pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi
Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang..


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera
Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah
kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,
masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula
anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang..


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk
mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung hmmm.. Aliyah
sayangkan Abang...


Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau
diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di
Sawarak. Menunggu Abang.. Aliyah sayangkan Abg..
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah.. Aliyah sayangkan Abang..
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan
kegemaran Abang, roti canai...air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!

Hanya Allah Sahaja Yang Maha Tahu..

 

Thursday, October 27, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Gadis suci nan mulia~

Wanita shalihah adalah seorang wanita yang tahan memegang bara …
Jika datang perintah dari syariat kepada salah seorang mereka, dia taat, terima, dan tunduk. Dia tidak menyanggah, tidak membangkang, ataupun mencari alasan untuk tidak menerimanya.
Perhatikanlah cerita gadis suci nan mulia ini! Cerita tentang seorang pengantin wanita…

Ada seorang laki-laki dari sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bernama Julaibib. Wajahnya tidak begitu menarik. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menawarinya menikah. Dia berkata (tidak percaya), “Kalau begitu, menganggapku tidak laku?”

Baginda bersabda, “Tetapi kamu di sisi Allah bukan tidak laku.”
Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam senantiasa terus mencari kesempatan untuk menikahkan Julaibib…


Hingga suatu hari, seorang laki-laki dari Anshar datang menawarkan putrinya yang janda kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar beliau menikahinya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya, “Ya. Wahai fulan! Nikahkan aku dengan putrimu.”
“Ya, dan sungguh itu suatu kenikmatan, wahai Rasulullah,” katanya riang.

Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku tidak menginginkannya untuk diriku…”
“Lalu, untuk siapa?” tanyanya.
Baginda menjawab, “Untuk Julaibib…”
Ia terperanjat, “Julaibib, wahai Rasulullah?!! Biarkan aku meminta pendapat ibunya….”


Laki-laki itu pun pulang kepada istrinya seraya berkata, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melamar putrimu.”
Dia menjawab, “Ya, dan itu suatu kenikmatan…”
“Menjadi isteri Rasulullah!” tambahnya girang.
Dia berkata lagi, “Sesungguhnya baginda tidak menginginkannya untuk diri baginda.”
“Lalu, untuk siapa?” tanyanya.
“Baginda menginginkannya untuk Julaibib,” jawabnya.

Dia berkata, “Aku siap memberikan leherku untuk Julaibib… ! Tidak. Demi Allah! Aku tidak akan menikahkan putriku dengan Julaibib. Padahal, kita telah menolak lamaran si fulan dan si fulan…” katanya lagi.

Sang bapak pun sedih kerana hal itu, dan ketika hendak beranjak menuju Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba wanita itu berteriak memanggil ayahnya dari kamarnya, “Siapa yang melamarku kepada kalian?”
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,” jawab keduanya.
Dia berkata, “Apakah kalian akan menolak perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?”
“Bawa aku menuju Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sungguh, baginda tidak akan menyia-nyiakanku,” kata anaknya.

Sang bapak pun pergi menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, seraya berkata, “Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, terserah. Nikahkanlah dia dengan Julaibib.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun menikahkannya dengan Julaibib, serta mendoakannya,

اَللّهُمَّ صُبَّ عَلَيْهِمَا الْخَيْرَ صَبًّا  وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهُمَا كَدًّا كَدًّا
“Ya Allah! Limpahkan kepada keduanya kebaikan, dan jangan jadikan kehidupan mereka susah.”

Tidak selang beberapa hari pernikahannya, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dalam peperangan, dan Julaibib ikut serta bersama baginda. Setelah peperangan selesai, dan manusia mulai saling mencari satu sama lain. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada mereka, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan fulan dan fulan…”
Kemudian baginda bertanya lagi, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan si fulan dan si fulan…”
Kemudian baginda bertanya lagi, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Kami kehilangan fulan dan fulan…”
Baginda bersabda, “Akan tetapi aku kehilangan Julaibib.”


Mereka pun mencari dan memeriksanya di antara orang-orang yang terbunuh. Tetapi mereka tidak menemukannya di tempat itu. Terakhir, mereka menemukannya di sebuah tempat yang tidak jauh daru situ, di sisi tujuh orang dari orang-orang musyrik. Dia telah membunuh mereka, kemudian mereka membunuhnya.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri memandang mayatnya, lalu berkata,

”Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Dia dari golonganku dan aku dari golongannya.”
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendokongnya di atas kedua lengannya dan memerintahkan mereka agar menggali tanah untuk menguburnya.
Anas berkata,
“Kami pun menggali kubur, sementara Julaibib radhiallahu ‘anhu tidak memiliki alas kecuali kedua lengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, hingga ia digalikan dan diletakkan di liang lahatnya.”
Anas radhiallahu ‘anhu berkata,

“Demi Allah! Tidak ada di tengah-tengah orang Anshar yang lebih banyak berinfak daripada istrinya. Kemudian, para tokoh pun berlomba melamarnya setelah Julaibib…”
Benarlah,


Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka itu adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (An-Nur: 52).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga telah bersabda, sebagaimana dalam ash-Shahih, “Setiap umatku akan masuk surga kecuali yang enggan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang engan itu?” Baginda bersabda, “Barangsiapa taat kepadaku, maka ia masuk surga, dan barangsiapa mendurhakaiku berarti ia telah enggan.”


Tuesday, October 25, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

“Tuhan, kenapa Kau timpakan kesusahan ini buatku seorang?”

Sekumpulan burung dara tampak berkerumunan di depan sarang mereka di sebuah pohon besar di tepian hutan. Keluarga besar burung dara ini sepertinya sedang bersiap untuk terbang ke suatu tempat. Wajah-wajah riang menghias tingkah laku mereka.
Hari itu, keluarga besar burung dara itu memang akan berangkat menuju ladang jagung yang bersebelahan dengan hutan tempat mereka tinggal. Naluri mereka seperti sudah menjawabkan kalau hari itu butiran-butiran jagung lazat akan berserakan di ladang milik petani.
“Ah, sebuah tempat yang begitu mengasyikkan,” bisik hati seekor burung dara muda yang juga tak mau ketinggalan. Dan, mereka pun mulai mengepak-ngepakkan sayap masing-masing untuk siap bersedia terbang.
Sayangnya, sebatang dahan kering tiba-tiba terjatuh dan tepat menimpa si burung dara muda. “Aduh!” teriak sang burung.
Dahan patah yang terjatuh dari ketinggian itu tepat menimpa sayap kanan sang burung tadi. Ia pun merintih kesakitan.
Semua burung yang lain sudah  terbang meninggalkan si burung dara muda yang masih di depan sarang. Begitu bersemangatnya mereka terbang hilang dari pandangan, hingga lupa pada salah seekor saudara mereka masih tertinggal di pintu sarang.
Kini tinggallah si burung dara muda merintih kesakitan. Beberapa kali ia cuba terbang, tapi sayapnya yang luka masih nyeri untuk digerakkan. ”Ah, mungkin sayap kananku patah!” keluh sang burung masih membayangkan tempat indah yang mungkin kini sedang dinikmati saudara-saudaranya.
Dalam kesendirian itu, ia sempat mengeluh, ”Tuhan, kenapa kau timpakan ketidak senangan hanya buatku seorang.”
Selama beberapa jam ia menunggu untuk pulih sayapnya agar boleh terbang namun ia kecewa. Tiba-tiba, seekor burung dara hinggap dan nyaris tersasar dari sarang di mana si burung dara tadi beristirahat. Ia pun terkejut ketika mendapati salah seorang saudaranya sudah berada tepat di depannya dengan beberapa luka di bagian pangkal kaki dan dada luka di mukanya.
“Ada apa, saudaraku?” ucap si burung dara sambil memeriksa luka saudaranya. “Mana yang lain?” sambungnya.
Dengan tertatih-tatih, saudara burung itu pun berbicara pelahan. ”Semuanya tertangkap jebakan manusia. Hanya aku yang Berjaya melepaskan diri namun luka ku parah,” ucap sang burung sebelum akhirnya terkulai lalu mati.
Saat itu, si burung dara pun termenung. Ia seolah bingung, apakah dengan peristiwa patah sayapnya itu ia sedang diberikan ujian dan di hindarkan dari malapetaka oleh Tuhan, atau sebaliknya.
**Dalam upaya menggapai cita-cita hidup, tidak jarang terjadi ‘patah sayap’ yang dialami sebagian kita. Berbagai macam musibah antaranya gagal kerjaya kerana musibah, gagal dalam pendidikan, gagal mencari jodoh kerana sesuatu hal, dan sebagainya.
Nurani kemanusiaan kini pun seperti memberontak untuk akhirnya mengatakan, “Tuhan, kenapa Kau timpakan kesusahan ini buatku seorang?”
Kalau saja ada kemampuan mata kita untuk melihat ujung perjalanan waktu yang akan kita alami, kalau saja kita boleh mengintip dari celah tirai hikmah hidup yang akan dilalui, mungkin hati dan lidah kita akan berkata, ”Terima kasih atas kesukaran dan ujian ini, wahai Yang Maha Sayang!”


Monday, October 24, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!


Dua bulan setelah saya bekerja di negeri orang, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Abang, adik sempurna mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.




Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)


Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!


Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.


Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?


Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?


Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!


Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.


Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.


Aliya : Apakah hakikat tudung?


Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.


Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?


Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu


“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia” 


Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

~Manusia yang paling tampan rupanya~

Awwanah bin Al-Hakam berkata, “Manusia yang paling tampan rupanya, ialah seseorang yang Malaikat Jibril datang dalam bentuk rupanya. Yakni Dihyah.”
Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi adalah salah satu di antara para shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah lama masuk Islam. Beliau masuk Islam sebelum perang Badar. Akan tetapi, dalam peperangan itu, beliau belum sempat mengikutinya. Baru, setelah itu, beliau tidak pernah ketinggalan dalam jihad di medan peperangan.

Dia juga salah seorang sahabat Rasulullah yang masyhur. Dia dikaruniai Allah berupa keutamaan yang tidak dimiliki sahabat lainnya. Di antara keutamaan yang beliau miliki, yaitu Malaikat Jibril seringkali datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam wujud menyerupai dirinya. Imam An-Nasaa’i meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Yahya bin Ya’mur dari Ibnu Umar:
“Malaikat Jibril mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam rupa Dihyah Al-Kalbi.

Dalam hadits lain disebutkan:
Dari Jabir bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Telah diperlihatkan kepadaku para nabi, maka aku melihat Musa adalah seorang laki-laki yang kuat, seakan-akan dia adalah lelaki dari kaum Syanu’ah. Dan aku melihat Isa bin Maryam, dan yang paling mirip dengannya di antara yang pernah aku lihat, adalah Urwah bin Mas’ud. Dan aku melihat Ibrahim, dan yang paling mirip denganya di antara yang pernah aku lihat ialah sahabat kalian –yaitu diri beliau sendiri—dan aku pun melihat Jibril, dan yang paling mirip dengnanya di antara yang pernah aku lihat adalah Dihyah.” (H.r.Muslim)

Dari Abu Utsman, ia berkata, “Telah diberitakan kepadaku bahwa Malaikat Jibril datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan Ummu Salamah sedang bersama beliau. Maka, dia pun berbicara lantas berdiri, sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata kepada Ummu Salamah, ‘Siapakah Ini?’ – atau seperti ucapan beliau – lantas Ummu Salamah pun berkata: ‘Ini adalah Dihyah’. Ummu Salamah berkata, ‘Demi Allah, sungguh aku mengira, ia adalah Dihyah, sampai aku mendengar khutbah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengabarkan bahwa dia adalah Malaikat Jibril’.”
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirimkan surat-surat seruan memeluk Islam kepada para raja, kisra dan kaisar, yaitu pada akhir tahun ke enam hijriah, Dihyah termasuk salah satu delegasi yang ditugaskan. Adapun tugas yang diberikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Dihyah, yaitu agar ia menyampaikan surat beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Hiraklius kaisar Romawi.


Dalam satu riwayat disebutkan:
“Dari Abdullah bin Abbas bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menulis surat kepada kaisar untuk mengajaknya masuk Islam. Beliau pun mengutus Dihyah Al-Kalbi untuk menyampaikan suratnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memintanya supaya menyerahkan surat tersebut kepada penguasa kota Bushra, agar ia menyampaikannya kepada kaisar.”

Ibnu Katsir menyebutkan di dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah, sepulang dari menemui kaisar – dan Dihyah mendapatkan hadiah yang banyak dari kaisar – ketika ia telah sampai di daerah Hisma, ia dihadang oleh sekelompok orang dan mereka pun mengambil semua yang ada padanya. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus Zaid bin Haritsah untuk memerangi mereka.

Demikian, sekilas kisah . Pada masa hidupnya, beliau tinggal di daerah Mizzah di Damaskus, dan beliau hidup hingga sampai amsa kekhilafan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Semoga keridhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa tercurahkan pada sahabat yang mulia ini. (Ustadz Ahmad Danil)

Saturday, October 15, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Duhai ibu~


RINTIHAN ANAK TAK BERDOSA
Duhai ibu,
Aku suka membesar dalam rahimmu,
Di sini ku temui ketenangan dan kasihmu ibu,
Di sini ku tahu, kau juga menyayangiku,
Duhai ibu,
Saat kau meneran aku keluar dari rahimmu,
Kutahu kau merasa amat sakit,
Aku sangat kasihan, padamu ibu.
Tapi apakan daya,
Sudah sampai masanya aku menjenguk dunia yang indah ciptaanNya,
Dunia yang kau nikmati dengan lelaki yang membenihkan aku,
Tapi kenapa kini ibu,
Kasih sayang ibu begitu lain sekali padaku ibu,
Mengapa kau buang aku dalam kedinginan malam yang sayu,
Aku menangis dan terus menangis kerna aku terlalu laparkan susu,
Aku memangis tanpa henti-henti aku mahu berada dalam pelukanmu,
Aku takut ibu...aku takut di biarkan sendiri disitu,
Mengapa kau biarkan aku keseorangan di tempat asing itu ibu?
Mana kesetiaan kehangatan pelukan lelaki yang membenihkan aku itu?
Aku sering mengharapkan usapan kasih sayang darimu sejak berada dalam rahim lagi ibu.
Jangan buang aku ibu, ibu....
Kasihanilah aku ibu, ibu.....
Kasihanilah aku.......
Aku juga ingin hidup seperti insan  lain sepertimu,
Berilah aku peluang itu IBU.............
(Dalam tangisan hiba seorang bayi kita tak mampu mengunkap kata setiap tangisan lahir dari hati seorang insan, namun begitulah andai kita berada pada tempatnya, kita akan merasai derita dan sengsara tangisannya.. perlahan demi perlahan lalu tenggelam di dasar sungai di bawa arus yang deras hanyut bersama sampah, terlalu murah nilai yang berikan pada insan yang di angkat martabatnya disisi Tuhan namun ada segelintir antara kita sikap terlalu rendah serendah melebihi haiwan.)
 

Thursday, October 13, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Janji Tuhan itu akan datang jika kita redha denganNya~

Ada empat anak yang baru saja mengalami duka setelah kematian kedua orang tuanya. Satu surat wasiat telah pun mereka terima dari orang yang mereka cintai itu. Setelah urusan jenazah kedua orang tuanya selesai, empat anak itu pun membuka surat berharga itu.
Ternyata, surat itu menyebutkan bahwa keempat anak itu diberikan empat bidang tanah yang berlainan tempat. Ada bidang tanah yang begitu hijau dengan begitu banyak pepohonan kayu yang boleh dijual. Ada bidang tanah yang berada di tepian sungai jernih, sangat elok untuk ternak berbagai jenis ikan. Ada juga bidang tanah yang sudah menjadi hampar sawah padi dan ladang. Ada satu bidang tanah lagi yang sangat tidak menarik: tanah tandus dengan tumpukan pasir-pasir kering di atasnya.
Menariknya, surat itu diakhiri dengan sebuah kalimat: beruntunglah yang memilih tanah tandus.
Anak pertama memilih tanah pepohonan hijau. Anak kedua pun segera memilih tanah dengan aliran sungai yang jernih. Begitu pun dengan yang ketiga, ia merasa layak untuk memilih tanah yang ketiga dengan hamparan sawah dan ladangnya. Dan berbaki tinggallah anak yang keempat dengan tanah tandusnya.
“Apa engkau kecewa, adikku, dengan tanah tandus yang menjadi hakmu?” ucap para abang-abangnya kepada si bongsu.
Di luar dugaan, si bongsu hanya senyum. Ia pun bekata, “Aku yakin, pesan ayah dan ibu tentang tanah tandus itu benar adanya. Ya, kerana itu aku bersyukur, aku tahu kesyukuran melebihi dari segalanya !”
Mulailah masing-masing terus mengusahakan harta pusaka warisan peninggalan kedua orang tuanya dengan begitu bersemangat. Termasuk si bungsu yang masih dalam kebingung mengolah tanah tandus pilihannya.
Hari berganti hari, waktu terus berputar, dan hinggalah berganti tahun. Tiga anak penerima warisan begitu bahagia dengan tanah subur yang mereka dapatkan. Tinggallah si bungsu yang masih sibuk mencari-cari, bercucuk tanam namun semuanya tanamannya tidak menjadi,dia menggali dan terus menggali, untuk dijadikan kolam ternakan namun tidak menjadi, kelebihan dari tanah tandus yang ia dapat pusaka kedua orang tuanya. Tapi, ia belum juga berhasil lagi.
Hampir saja ia putus asa. Ia masih bingung dengan manfaat tanah tandus yang begitu luas itu. Sementara, abang-abangnya sudah bernikmat-nikmat dengan hasil dari tanah-tanah milik mereka. “Aku yakin, ayah dan ibu menulis pesan yang benar. Tapi di mana beruntungannya?” bisik hati si bungsu dalam hatinya sambil meneruskan kerja.
Suatu hari, ketika ia sedang menggalian tanah tandus itu, hujan pun turun dengan lebatnya. Kerana tak ada pohon untuk berteduh, si bungsu hanya berlindung di sebalik longgokan tanah galian yang banyak menggunung bebatuan kecil. Air hujan mengalir bercucuran menghakis pada longgokan pasir tadi Tiba-tiba, matanya dikejutkan dengan kilauan batu-batu kecil di longgokan tanah yang terhakis kerana air hujan.
“Ah, emas! Ya ALLAH, ini emas!” teriak si bungsu setelah meneliti batuan kecil yang sebelumnya tertutup tanah keras dan pasir itu. Dan entah berapa banyak emas lagi yang bersembunyi di balik tanah tandus ini yang pada mulanya bagai tidak beharga kini dia menjadi seorang yang tetap beriman pada Allah dan menjadi jutawan lagi pemurah.
**
Keterbatasan daya nilai manusia kadang membimbingnya pada kesimpulan yang salah. Sesuatu yang dianggap bernilai, ternyata hanya biasa saja. Dan sesuatu yang sangat tidak menarik untuk diperhatikan, apalagi dianggap bernilai, ternyata hakikatnya punya nilai yang tidak terkira.
Hiasan-hiasan duniawi pun kian mengukuhkan keterbatasan daya nilai manusia itu. Tidak banyak yang mampu memahami bahwa ada satu hal di dunia ini yang jauh dan sangat jauh lebih bernilai dari dunia dan isinya. Itulah hidayah Allah yang tidak tertandingi dengan nilai benda apa pun di dunia ini.
Sayangnya, tidak semua orang seperti si bungsu, yang begitu yakin dengan kebenaran sedikitpun tidak bimbingan kalimat dari si pewaris yang sebenarnya. Walaupun harus menggali, dan terus menggali dengan penuh kesabaran, yakin janji Tuhan itu akan datang jika kita redha dengannya dan Tuhan akan dekat dengan kita jika kita dekat denganNya sebagai hambaNya.


Wednesday, October 12, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Beralas Cinta Kepenghujung Syurga~

Entah dengan apa ku harus menggambarkan segala rasaku padamu
tak cukup dengan untaian kata, dan barisan kalimat kata terindah cinta buatmu.

ASTAGHFIRULLAH
Aku kembali tersadar dari lamunan
tak mampu tergambar dengan pewarna apapun, semuanya terlalu indah
tak akan ada warna yang kau telah corakkan yang mampu membingkai semua warna tentang cinta dan dirimu.

Ya Rabbi, halalkan semua rindu kami jika pernah melebihi rinduku padaMu,
halalkan cinta kami jika pernah melebihi cinta yang seharusnya kami tujukan padaMu.


KEKEASIHKU
Rangkaian kata terakhir madah ini semoga bisa menjadi pengingat
sekaligus tanda akhir dari hubungan terlarang moga kita berusaha kearah mendekatkan diri kita pada yang lebih tenang dengan cara yang halal, Insya Allah


YA ALLAH..
Engkau melebihi cahaya di atas cahaya, dalam kerinduan mendalam,
dalam tatih meniti pintu cahayaMu,izinkan aku menggalas sajadah bersamanya
beralas cinta kepenghujung surga…

amiin ya Rabbal ‘alamiin..


Tuesday, October 11, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Aku bersyukur atas nikmat ini~

Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Namun banyak orang melihat,
Tetapi hakikat sebenarnya mereka buta.

Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium,
Tetapi tidak mampu menghidu syurga Mu.

Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar,
Tetapi pekak untuk mendengan amaran Mu

Setiap degup dan detik jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup,
Tetapi mati pada Imannya.

Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta menilai kebesaran Mu,
sukar mencium syurga Mu, pekak mendengan amaran Mu
dan mati Iman ku pada Mu Ya Allah.

Friday, October 7, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Ku Titip Cinta Ku Pada-Nya~

Muhammad Aqil Al Fatih... Itu nama salah satu mahasiswa sekaligus seniorku. Mahasiswa lain selalu memanggilnya ‘Aqil’, tapi tidak denganku, aku lebih senang memanggilnya ‘Alfath’. Kebiasaanku mengganti nama orang memang sudah melekat kuat pada diriku.

Kebetulan aku mahasiswa baru di Universiti Islam Antarabangsa. Jadi mau tidak mau aku harus mengikuti “Program Orientasi dan Pengenalan Kampus”  Oh ya, namaku ‘Azzna’, nama lengkapnya ‘Azzatul Khusna’.

Seorang laki-laki bertubuh tidak terlalu tinggi, berhidung mancung dan kalau aku bandingkan dengan laki-laki kebanyakan, dia termasuk laki-laki yang berkulit putih bersih, wajahnya terlihat sangat tenang dan tampan.

Waktu terus berjalan, dari hari pertama, hari kedua, hari ketiga, dan aku merasa ada yang aneh dengan jiwa di hatiku. Diam-diam aku suka memperhatikan seniorku itu, bahkan dengan berbagai alasan aku mendekatinya, terasa hendak selalu dekat dengannya , kerana aku hanya ingin melihatnya lebih dekat, paling tidak dari jarak yang tidak lebih dari satu meter... Dia berdiri tidak jauh dari tong sampah salah satu sudut, dua kali aku mondar-mandir memungut kertas/ plastic yang tidak terpakai, jelas memang aku seperti orang yang gelisah, tapi berlagak tenang.. aku tidak peduli, aku hanya ingin melihat abang senior, just it.

Tiba waktunya para mahasiswa baru harus meminta tanda tangan semua senior-senior. Banyak senior yang baik hati memberikan tanda tangannya tanpa si mahasiswa harus bersusah payah menuruti satu persatu perintah dari senior. Tapi sepertinya hanya aku yang lain, aku sibuk mencari dimana jiwa ku meronta salah satu senior disana. Alhamdulillah, aku melihatnya, ‘Thanks God’, aku langsung mendekati rumunan mahasiswa yang sedang asik meminta tanda tangan dari seorang senior. Dan kini bukan satu meter lagi jarak aku dengan pujaan hatiku ini.

Aku boleh melihat jelas wajahnya, dia berada tepat dihadapanku, aku melihat dia bertanda tangan dengan tenang dan kemas atas nama ‘Muhammad Aqil Al Fatih’. Itu namanya, sekarang aku sudah tau siapa namanya. Nama yang indah seperti keindahan yang terpancar dari wajahnya. Dan tertanam dalam diriku, aku tidak mau melepaskan kesempatan itu, setelah mendapat tanda tangannya, aku masih tetap berdiri tegap disana, memandangnya dengan kekaguman yang luar biasa, mengagumi ciptaan Allah dengan jantung yang terus berdetak kencang hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Hari ke’empat, sekaligus hari terakhir yang kami ikuti, aku dan mahasiswa lainnya, senang, sedih bercampur seperti ada yang tidak selesa dibenakku. Pukul dua petang, seorang wakil pelajar memberikan ucapan terakhirnya. Aku mendengarkan dengan seksama, tetapi otakku terhenti saat aku menyadari ‘Muhammad Aqil Al Fatih’ berdiri disamping kursi yang sedang kududuki. ‘Ya Allah, Abang Alfath’,.. aku terpekik pelan, aku terlalu senang dengan detik ini, detik yang memporak-porandakan otak dan hatiku.

Aku menjatuhkan penku, bertujuan agar Abang Alfath bersedia mengambilkan untukku, dan aku kecewa.. pen itu tidak jatuh di hadapannya tetapi tersasar kekerusi sebelah. Entah apanya yang salah, tanganku yang terlalu berdosa atau memang penku yang sedang tidak mood bekerjasama denganku. Pen itu meluncur dengan tidak terkawal. Hasil perbuatan itu, seorang laki-laki bertubuh agak kurus yang duduk disitu baik hati mengambil pen itu untukku. ‘terima kasih’.. itu yang aku ucapkan pada lelaki itu dengan imbuhan senyum malu tapi’ tatap manis.

Ketika hari terakhir, jadi malamnya diadakan acara ‘malam penutupan’. Panjang ceritanya aku boleh dapat nomor HP Abang Alfath, tetap dengan berbagai alasan aku berikan, yang sesuai dia adalah senior agar senang untuk membantu aku yang masih baru disini dan aku sudah mula ber’sms’ dengannya, yang aku tau sekarang, dia orang yang cukup pendiam, kaku seperti robot, atau memang kerana aku yang belum mengenalnya lebih dekat. Tapi sungguh tenang, sikap abang Alfath yang seperti itu aku suka dengan caranya dan memberikan semangat padaku.

Dengan adanya abang Alfath, tidak setiap saat aku boleh bertemu dengannya. Kami memang ber’sms’, tapi bukan berarti kami jadi dekat atau duduk sentiasa dekat, kalaupun tidak sengaja aku bertemu dengannya, tidak ada tegur sapa sama sekali, masih hanya melalui sms, aku mulai tidak tertahan lagi rinduku, aku ada berikan salah satu “sms” rayuan terbaikku padanya,

“Ehm.. kalau boleh jujur, ada satu hal yang aku suka dari abang, aku suka mata abang, indah,, bersinar,, aku boleh panggil abang bintang?”. . bagaimana menurut abang?Dari situ abang Alfath mulai menjawab, aku tidak tau itu harapan atau hanya sekadar gurawan saja. Abang Alfath juga mulai tidak henti-henti membalas “sms” kata-kataku, kami boleh lebih saling mengenal satu sama lain, dengan berbagai pertanyaan yang bertujuan memancing sang idola ku kukerahkan satu persatu, hingga aku tau banyak tentang abang Alfath, dari makanan favorit, minuman favoritnya sampai hal terkecil aku berusaha untuk mengetahuinya. Dia terlihat lebih menyenangkan bila seperti ini.
And all my love
I’m holding on forever
Reaching for the love that seem
So far..
So i say a little prayer
Andhope my dream will take me
There
Where the skies are blue
To see you once again my love
Oversees from coast to coast
To find the place i love the most
Where the fields are green
To see you once again my love



Lirik lagu favoritku ‘westlife-my love’ persis menggambarkan perasaanku saat ini.
Empat hari berlalu, Akhirnya aku kembali dirumah. Aku masih bingung dengan perasaanku kepada abang Alfath. Aku terus memikirkannya, dan itu membuat hatiku tidak tenang. Selesai shalat maghrib, aku menengadahkan tanganku pada-Nya.

“Ya Allah,, Ya Rob,, nama abang Alfath sungguh semakin melekat dihati ini, aku pernah merasa kebencian yang pada mulanya angapanku abang Al Fatih sombong kini kebencian yang pernah tertanam pada diri hamba kepada abang Alfath sudah tidak ada dihati hamba, kebencian itu lantas menjadi jembatan untuk hamba masuk kedalam hati abang Alfath, tentu hamba hanya ingin selalu melihat abang Alfath dalam keadaan yang baik, berikanlah yang terbaik untuknya, amiinn..”

Didalam bait doaku, aku selalu melampirkan nama abang Alfath, perasaanku akhir-akhir ini gelisah tidak melihat abang Alfath. Ini pertama kali aku merasakan hal aneh seumur hidupku. Apa aku jatuh cinta? Entahlah.. sepertinya begitu. Semakin hari aku semakin tersiksa dengan perasaan ini, aku menangis dalam keheningan malam-malamku. Dadaku terasa sesak bila terus menerus sepeti ini, cinta pertama yang kualami terasa menyesakkan. Bukan hanya perasaanku, tapi semua yang aku punya untuk mencintai abang Alfath, semuanya terasa sakit. Kembali aku berdoa pada shalat tahajud yang aku lakukan,
“Maha Suci Allah.. Engkau yang tau perasaan hamba, sungguh sampai saat ini, hamba tidak bisa berhenti memikirkan abang Alfath,” tanpa kusadari air mata jatuh berguguran, “Apa hamba salah jika hamba mengharapkan abang Alfath mempunyai perasaan yang sama? Apa hamba terlalu egois jika hamba berpikir seperti itu? Tunjukan jalanmu Ya Allah..”

Memikirkan orang yang kusayang, terlebih lagi ini cinta pertamaku, itu sangat menyedihkan. Apa yang harus kulakukan agar abang Alfath boleh sedikit membuka hatinya untukku?

Beberapa hari ini aku mencari khabar tentang abang Alfath melalui teman-teman seangkatannya. Kini aku tau, wanita seperti mana yang boleh menarik hatinya. Aku memulai dengan merubah penampilanku menjadi lebih feminim, semua orang tau aku bukan perempuan yang boleh dikatakan feminim, bahkan sangat jauh dari itu, aku lebih sering memakai pakaian bersesuaian cita rasa apa yang abang Alfatih suka.

Malam ini aku memberanikan diri untuk menanyakan suatu pada abang Alfath melalui ‘sms’ yang aku kirimkan padanya, aku juga bukan perempuan yang suka berlama-lama memendam perasaan. Ini sms yang aku kirimkan,

“Abang, apa abang sudah punyai pasangan?”. Seketika aku merasa bodoh menanyakan hal itu, tapi inilah tujuan utamaku. Azzna!.. apa kamu siap sedia dengan jawapan abang Alfath nantinya? Bagaimana kalau jawapannya hanya membuat kamu semakin sakit dihati? Apa yang akan kamu lakukan? Menangis dan terus-terusan mengadu pada Sang pemberi hidup? Bisikku pada diriku sendiri. Dengan perasaaan kacau aku menunggu balasan ‘sms’ dari Abang Alfath. Getar HP menghentikan segala pertanyaan aneh yang meraung-raung meminta jawapan diotakku. Bismillah.... sembil membuka sms itu,

“Ya, Abang sudah punyai pasangan dik, dikampung.” Degggg.... kali ini bukan lagi sakit yang aku rasa, tapi rasa nyeri yang tidak terkawal ku rasa, aku merasa berdosa telah menyukai dan berharap pada orang yang sudah punyai perempuan lain. Air mataku sekejap sahaja sudah bercucuran menolak kenyataan ini. Apa aku menyesal bertanya seperti ini? Kenapa aku harus menanyakan hal ini? Kenapa abang Alfath tidak mengerti perasaanku? Kenapa semuanya tidak berpihak padaku? Berbagai kata ‘kenapa’ memenuhi otakku kini. Sms ini tidak aku teruskan, aku tidak mau mendengar pernyataan selanjutnya yang akan abang Alfath ucapkan. Aku hanya ingin tidur, yahh.. dengan tidur aku boleh melupakan semuanya, sakit hati, air mata, semuanya...

Paginya aku kembali terbangun, tepat empat pagi aku mengambil air wudhu. Shalat tahajudku kali ini terasa berbeza, kerana mataku sedikit terjanggal, mataku terlihat sangat sebam, efek dari tangisan semalam. Tiba saatnya aku memanjatkan doa selesai shalat,

“Engkaulah tempat terbaik untuk mengadu, hanya Engkau penenang hati dan jiwaku saat ini, Ya Allah kenyataan ini sungguh sangat menyakitkan, hamba mencintai abang Alfath sebesar yang Engkau ketahui, atas dasar keridhoanmu, hamba boleh mencintainya seperti ini. Sepenuhnya hamba titipkan cintaku pada-Mu, lindungilah abang Alfath...”
Satu minggu setelah itu, aku mendapati khabar bahwa ayahku harus berpindah kerja di Utara, aku dan keluargaku terpaksa ikut pindah, dan kuliahku juga harus terhenti, mungkin aku memang harus memulainya di UUM berdekatan sedikit, kerana ayah akan bekerja di Kedah.

Masih ada waktu untuk aku menulis surat untuk Abang Alfath, kerana hanya dia yang pertama kali kuingat sebelum perpindahanku ini.

Pagi pukul tujuh, Airin teman baikku dikampus kerumahku, seperti halnya seorang sahabat, ia menemuiku mengucapkan salam perpisahan sebelum ia pergi kuliah. Tidak lupa aku menitipkan suratku itu pada Airin, Airin yang mengerti benar bagaimana awal cerita aku membenci hingga menyukai abang Alfath sekaligus sahabat terbaik yang aku miliki.

Kereta avanza berwarna silver milik Ayah’ku sudah datang, Ayah’ku yang akan mengantarkan aku dan keluargaku menuju Negeri Jelapang Padi Kedah Darul Aman. Pelukan hangat dari Airin membuatku tenang.
“Hati-hati.. jaga dirimu baik-baik.. .” ucap Airin padaku dengan mata berkaca-kaca.
“Iya Rin, jangan nangis.. makin comot tau.” Balasku dengan tetap terlihat cool.
“Sabar ya..”
“Aku baik, makanya selalu doakan aku supaya selalu baik agar kita boleh bertemu lagi satu hari nanti.” Kataku dengan sedikit menahan tangis, meski aku tau yang Airin maksud memang bukan jasadku, melainkan sakit hatiku.

Aku dan keluargaku berangkat.
Sekarang aku sudah berada dipersimpangan jalan besar, Airin pasti sudah bertemu dengan abang Alfath dan memberikan suratku.
“Assalamualaikum abang Alfath...
Memory pemikiranku seolah tidak berhenti memutar setiap kenangan tentang abang Alfath sewaktu aku menulis surat ini. ‘Muhamamad Aqil Al Fatih’.. mungkin ini kali pertama aku menyebut nama abang dengan penuh bermakna di hatiku, dan aku tidak pernah berharap menjadi yang terakhir kalinya, kerana aku berkeinginan suatu saat nanti tepat berdiri dihadapan abang, aku boleh menyebutkan nama abang dengan lengkap berkali-kali, walaupun hal itu dirasa sukar, kerana bahkan aku tidak tau boleh bertemu abang lagi atau tidak.
Abang tentu ingat pertama kali aku meminta izin ingin memanggil abang ‘bintang’..? pada saat itulah aku merasakan perasaan itu, perasaan yang mungkin orang biasa menyebutnya dengan cinta.. . aku cukup bersyukur boleh mengenali abang, tidak ada sedikitpun penyesalan yang aku rasa. Sampai akhirnya aku tau sudah ada perempuan beruntung yang memiliki abang. Sumpah, demi tiap tetes air mataku, walaupun berat menerima kenyataan itu, kenyataan yang menghancurkan hati dan jiwaku. Satu detik dimana aku rasa, aku telah benar-benar mencintai abang. Tapi ada hal yang paling rendah dan berdosa, yaitu kalau aku iri dengan perempuan yang sudah memiliki hati abang. Aku sedar, hidup itu pilihan, sama seperti cinta, aku boleh memilih melupakan abang atau tidak sama sekali, dan dua-duanya tetap ada risiko. Aku hanya ingin melupakan hal yang boleh aku lupakan dan tidak ingin memaksakan diri untuk melupakan hal yang sukar untuk lupakan, dan itu adalah tentang abang.

Jangan timbulkan pertanyaan kenapa aku menyukai abang, kerana sampai nafasku berhenti berhembus, aku tidak akan pernah mengetahui alasan kenapa aku menyukai abang, aku hanya tau sebuah rasa yang tulus ialah segunung rasa yang tidak beralasan.
Abang seperti permata untukku, permata yang sedikit banyak sudah mengajarkan arti kedewasaan, mengikhlaskan sesuatu yang belum berpihak padaku, berubah menjadi yang lebih baik, dan semuanya. Terimakasih dan maaf.
Wassalam... .”

Dering HP menghentikan lamunanku. ‘Airin’.. . ada apa dia menalefonku.
“Hallo, assalamualaikum ..” ucapku.
“Walaikumsalam.. .Azzna, aku mohon sekarang kamu berpatah balik, Abang Aqil ingin menemuimu.” Dengan suara yang terdengar terdesa-desa.
“Tapi....”
“Aku mohon. ..” pinta Airin. “Hanya kali ini, aku yakin keluargamu akan mengerti.”

Lima minit lamanya aku berjaya memujuk orang tua agar berpatah balik. Setelah setengah jam perjalanan, aku sampai diKampus, kerana tadi Airin sempat sms menyuruhku terus ke Kampus. Jantungku berdegup kencang sekali. Didepan salah satu ruangan, aku melangkahkan kakiku perlahan. Banyak orang disana, terlihat Airin menghampiriku.
“Azzna..,..” kemudian Airin terdiam.

Langkah kakiku membuat orang-orang disana beralih melihat kearahku. Aku melihat seorang laki-laki terbaring lemah ditengah-tengah rumunan orang yang sekarang melihat kearahku. Aku mendekati laki-laki itu, jantungku tidak lagi berdegup kencang, tapi serasa berhenti melihat laki-laki yang sekarang sudah berada didepanku. ‘Abang Alfath’.. . wajahnya terlihat nyata berbeza namun tetap bercahaya.
‘Sabar Azzna..,’ aku seperti mendengar sayup-sayup suara Airin, dan beberapa isakan tangis orang-orang disekitarku.

“Abang Alfath. .. kenapa abang  terbaring berselimut bagai kedinginan? Udara sangat panas diluar, dan bukannya abang pernah cerita kalau abang sangat menyukai warna coklat? Abang berkata hampir semua barang-barang kepunyaan abang bewarna coklat, tapi kenapa sekarang abang memakai selimut putih ini?” ucapku.

“Abang juga berbohong hari ini, abang pernah cerita yang abang suka sekali dengan jus mangga, bahkan abang selalu menolak jika diberi minuman selain jus mangga, tapi kenapa air yang meleleh dibibir abang bewarna merah? Itu bukan seperti warna jus mangga kerana ia juga keluar dari hidung dan telinga abang juga sama berwarna merahnya.”

Aku berusaha mendekatkan telingaku pada hidung mancung abang Alfath, dan memejamkan mataku, cuba merasakan hembusan nafasnya.
“Abang, kenapa abang menahan nafas seperti ini? Tolong jawab abang.” Kataku sambil menahan tangis.

“Setelah membaca suratmu, Abang Aqil sudah berusaha mengejarmu, Abang Aqil berkata, dia hanya ingin mendengar semuanya dari kamu sendiri, tapi takdir berkata lain, motor yang ditunggang abang Aqil terbabas dan semua ini terjadi. Semuanya terlambat sebelum dibawa ke Hospital.” Ucap Airin dengan sedikit terisak.
Kali ini tangisku benar-benar memecah suasana. .. Aku memang sudah sepenuhnya menitipkan cintaku Pada-Nya..Namun begitu juga tak pernah lekang cintaku pada abang Alfath..Namun kini abang Alfath sudah pergi untuk selamanya, tapi di hatiku dia tetap bersamaku abadi selamanya.. . ~Nukilan Mohd Rusdi Ramlee~